fbpx

Juventus buru kelibat Jesus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESUS tidak lagi diperlukan oleh Guardiola menyebabkan Juventus cuba mengintai peluang mendapatkan khidmatnya. – AFP

TURIN – Jurulatih baharu Juventus, Massimiliano Allegri mendedahkan keinginannya untuk mendapatkan khidmat penyerang Manchester City yang sudah tidak lagi diperlukan oleh Pep Guardiola iaitu Gabriel Jesus.

Bagaimanapun, hasrat Allegri itu hanya akan tertunai sekira­nya City berjaya menandatangani penyerang baharu yang mereka inginkan terlebih dahulu sebelum bersedia melepaskannya ke Juventus.

Allegri kembali mengemudi kelab yang berpangkalan di Turin itu selepas dua musim lalu melepaskan jawatannya dan kini cuba untuk memberi sentuhan baharu di bahagian serangan pasukan itu.

Ketika ini, masa depan pe­nyerang sensasinya, Cristiano Ronaldo menjadi topik hangat yang sedang dibincangkan dan Allegri dilaporkan sedia untuk melepaskan khidmat kapten Portugal berkenaan yang diburu oleh Paris Saint-Germain.

Kekosongan tersebut menyebabkan Allegri mahu Jesus mengisinya dan dia menjadi sasaran utama perpindahan Juventus musim ini selain usianya masih muda serta cukup versatil.

City pula dilaporkan tidak mempunyai masalah untuk melepaskan Jesus sekiranya ditawarkan dengan harga yang tepat selain Guardiola juga mengakui bahawa pemain Brazil itu tidak sesuai dengan perancangan dan gaya permainan pasukannya.

Ketika ini, City sedang ber­usaha keras untuk mendapatkan khidmat penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane dengan menyiapkan dana sebanyak £100juta (RM575.17 juta) termasuk bersediakan melepaskan salah seorang daripada lima pemain yang dicadangkan terma­suk Jesus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI