fbpx

Kerajaan usaha keras bantu golongan terkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkilfi (dua dari kanan) menyampaikan bantuan barangan keperluan sumbangan Yadim kepada Hishamuddin (kanan) di Pejabat Khidmat DUN Tepuh, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kerajaan berusaha keras bagi memastikan semua golongan terkesan dengan pandemik Covid-19 menerima bantuan sewajarnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, penyaluran bantuan kepada golongan terbabit telah menjadi keutamaan kerajaan sebelum bermulanya kempen bendera putih lagi.

“Saya tidak kata salah atau betul (kempen kibar bendera putih), tetapi yang mustahak, kita berkolaborasi mencari jalan terbaik (mengatasi) sama ada melalui berdoa, ikhtiar atau kaunseling.

“Usaha ini juga melibatkan agamawan serta kaunselor dengan cara masing-masing untuk bantu masyarakat yang tidak stabil emosi dan jiwa mereka,” katanya selepas menyampaikan 200 pek bantuan barangan keperluan di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Tepuh di sini hari ini.

Bantuan sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu disampaikan kepada Ahli Dewangan Undangan Negeri Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI