fbpx

Suami isteri tipu jual beli emas dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri ditahan selepas terlibat dalam penipuan jual beli emas membabitkan kerugian berjumlah RM153,781.10 pada 17 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian tersebut.

“Mangsa ditawarkan untuk menjadi ejen menjual emas dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran oleh seorang wanita warga Indonesia yang baru dikenali.

“Kedua-dua mangsa dalam kes ini telah membuat beberapa transaksi pembayaran secara berperingkat, namun barangan kemas yang dijanjikan tidak diterima,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pada 17 Jun lalu, polis telah menahan pasangan suami isteri terbabit.

“Pasangan itu dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 403 kanun yang sama kerana menyalahgunakan harta secara tidak jujur.

“Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan,” jelasnya.

Polis ingin menasihatkan orang ramai agar membeli atau menjual emas di kedai atau premis yang sah selain membuat semakan latar belakang syarikat sebelum membuat urusan transaksi jual beli emas. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI