fbpx

Henti jual daging eksotik – Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim Kredit foto Royal Press Office

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran kepada pemilik restoran supaya tidak lagi menjual makanan berasaskan berasaskan daging haiwan eksotik.

Sultan Ibrahim bertitah tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang degil terus menjual daging haiwan yang dilindungi.

“Anda akan berdepan dengan tindakan jika ditangkap.

“Pengedaran daging haiwan eksotik ini perlu dihentikan segera. Saya memberi amaran terakhir kepada pemilik restoran yang berbuat demikian,” titah Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO) di sini hari ini.

Sultan Ibrahim menzahirkan amaran itu susulan daripada penahanan enam suspek selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pemburuan haram berskala besar seperti didedahkan oleh baginda semalam.

Justeru itu, baginda bertitah agar Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta polis menjalankan siasatan berhubung kegiatan pemburuan haram itu.

Titah baginda lagi, pemburu haram terbabit juga disyaki menjual daging haiwan eksotik kepada restoran.

“Dengan segera hentikan penjualan daging haiwan eksotik ini, jika tidak anda akan berdepan dengan tindakan jika ditahan,” titah baginda.

Semalam Sultan Ibrahim murka kerana aktiviti pemburuan haram masih berlaku di beberapa kawasan hutan di negeri ini.

Kegiatan itu dilaporkan berlaku di kawasan Endau Rompin dan Kahang, melibatkan haiwan seperti kancil dan landak yang disyaki dijual untuk tujuan perubatan tradisional. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI