fbpx

Penduduk risau pembinaan LRT berhampiran PKPD CLQ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Johan Setia, Siti Suraya Sharif menunjukkan lokasi pembinaan LRT 3 yang terletak tidak jauh dari CLQ Johan Setia hari ini.

KLANG – Penduduk Kampung Johan Setia di sini bimbang apabila kerja-kerja pembinaan landasan Transit Aliran Ringan (LRT) masih diteruskan walaupun Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini.

Seorang penduduk, Siti Suraya Sharif ,38, berkata, ini menimbulkan kehairanan sama ada kawasan operasi itu telah dinyahkuman tambahan kes sproadik kini tinggi.

“PKPD dikuatkuasakan pada jarak 500 meter di belakang kawasan rumahnya.

“Jika kediaman pekerja dikenakan PKPD sepatutnya operasi diberhentikan juga. Adakah kawasan operasi sudah santiasi jika ada kes Covid-19 melibatkan pekerja,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau menambah, ini adalah kali pertama PKPD seumpamanya dilaksanakan di Johan Setia.

Sementara itu, jirannya yang dikenali sebagai Awie berkata, sepatutnya sekiranya CLQ Johan Setia dikenakan PKPD seluruh kawasan kerja ditutup.

“Saya bersangka baik bunyi-bunyi jentera dan kenderaan keluar masuk di kawasan pembinaan tersebut melibatkan pekerja bukan dari CLQ.

“Sebagai penduduk kampung, saya berharap PKPD tersebut berjaya mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan warga CLQ,” ujarnya.

Hasil tinjauan mendapati sepanjang laluan dari CLQ Johan Setia ke Klang terdapat kerja-kerja pembinaan LRT yang sedang dilakukan oleh pekerja-pekerja.

Sebelum ini, empat kawasan di Selangor dikenakan PKPD bermula hari ini hingga 13 Julai ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI