fbpx

Hanya singgah untuk lawatan kebajikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
angkap layar video yang tular memaparkan Ahli Parlimen Batu Pahat dan beberapa individu yang didakwa mengadakan kenduri durian di sebuah kebun di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

BATU PAHAT- Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon hari ini memohon maaf di atas kekeliruan yang timbul susulan tular rakaman video memaparkan beliau bersama individu lain yang didakwa mengadakan kenduri durian di sebuah dusun.

Menurut Ahli Parlimen Batu Pahat itu, kehadiran beliau ke dusun itu bukanlah untuk mengadakan acara kenduri seperti yang didakwa, namun ia merupakan lawatan beliau sebagai wakil rakyat yang meninjau permasalahan pekebun di kawasan itu.

“Untuk makluman, sememangnya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama sehingga kini, saya sering menerima aduan daripada pekebun kecil termasuk pengusaha sayur dan buah-buahan yang mengalami kesukaran menjual hasil tanaman mereka berikutan jualan yang merosot.

“Setelah meneliti, salah satu video yang tular semalam merupakan lawatan saya ke kebun durian kampung yang diusahakan masyarakat setempat yang mana turut terkesan berikutan PKP ini.

“Kebetulan ketika itu terdapat lawatan kerja Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraidah Kamaruddin ke Batu Pahat. Oleh itu, kami menghadiahkan durian kepada rombongan menteri untuk dibawa pulang,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun menurut beliau, selepas rombongan menteri pulang, pihaknya dibawa ke kebun oleh salah seorang pengusaha pada sebelah petang bagi mendengar permasalahan yang dihadapi dan berbincang lanjut.

“Setibanya saya di sana, pengusaha kebun durian tersebut menghidangkannya kepada kami. Saya menjamah sedikit durian sambil berbincang dengan pengusaha kebun mengenai langkah-langkah bantuan yang boleh dihulurkan.

“Selepas perbincangan tamat, saya terus meninggalkan program awal kerana perlu pulang ke Kuala Lumpur,” katanya.

Justeru, Mohd. Rashid memohon maaf atas kesilapan beliau dan sedia menyerahkan siasatan lanjut kepada PDRM.

“Saya mohon maaf di atas kekeliruan yang timbul apabila terdapat media yang menghubungi saya bagi bertanyakan mengenai video saya di kebun. Saya menjawab soalan tersebut tanpa menonton sendiri video pada awalnya.

“Bagi kes ini, saya berjanji untuk memberikan kerjasama kepada pihak PDRM,” katanya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI