fbpx

6,276 kes baharu hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
jumlah kes positif hari ini

PUTRAJAYA – Kes harian negara masih melepasi angka 6,000 hari ini dengan 6,276 kes menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 751,979 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,836 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 644 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 625 kes.

“Seterusnya, Sarawak (376 kes), Johor (299 kes), Sabah (242 kes), Kedah (226 kes), Melaka (223 kes), Pahang (210 kes), Kelantan (159 kes), Perak (137 kes), Labuan (132 kes) dan Pulau Pinang (131 kes).

“Terengganu pula (20 kes), Putrajaya (11 kes) dan Perlis (lima kes),” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI