fbpx

Ramai anak Palestin tiada kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit beramah mesra bersama anak-anak OKU di Hospital A'mal Khan Younis Gaza, Pelestin.

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi rasa sayu bertemu golongan orang kelainan upaya (OKU) di Hospital A’mal Khan Younis Gaza, Pelestin dengan kebanyakan mereka kehilangan kaki akibat serangan bom.

Menurut Ebit, sebahagian daripada mereka cacat sejak lahir dan berpeluang mendapat pendidikan percuma di hospital yang dikendalikan Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin itu.

“Saya ziarah, bawa hadiah dan bantu belikan kerusi roda untuk anak yang hilang kaki atau hilang upaya di Hospital A’mal Khan Younis Gaza. Sebahagian besarnya kerana bom.

“Mereka ini semua susah, miskin. Dibom pula. Adik ni semua sentiasa tersenyum. Tetapi bila ditanya tentang kaki atau bom. Ada yang senyum dan ada yang menangis,” tulisnya dalam hantaran terbaharu di laman Facebook hari ini.

Ebit berkata, meskipun diuji, kanak-kanak berkenaan tampak ceria dan begitu mesra dengan dirinya seolah-olah sudah lama mengenali antara satu sama lain.

“Ada tiga beradik tiada kaki. Ada seorang umur dua tahun dibom dan membesar dengan tiada kaki. Ada yang sedang tidur, bangun-bangun sahaja mata buta dan kaki sudah tiada kerana dibom. Ada kaki kena peluru masa kecil.

“Semasa berbual dan bermain bola keranjang. Ceria semua. Macam sudah lama kenal. Ramai pakai kaki palsu. Sebelum balik kami dapatkan senarai apa yang mereka perlu untuk kami bantu selain sumbangan yang diberikan,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI