fbpx

Ariel Tatum sering digoda lelaki gatal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIEL TATUM

KEPUTUSAN pelakon Ariel Tatum berundur daripada dunia hiburan Indonesia akibat masalah tekanan mental sudah diketahui umum.

Dalam satu pendedahannya baru-baru ini, Ariel memberitahu bahawa dia pernah beberapa kali ditawarkan sejumlah wang yang besar oleh lelaki hidung belang untuk tidur dengannya.

“Pernah ada orang yang menawarkan sejumlah wang kepada pengurus saya iaitu ibu saya sendiri untuk tidur bersama-sama dengan saya. Bukan hanya seorang, tetapi ramai,” ujarnya.

Kata pelakon yang pernah membintangi sinetron Otomatis Jatuh Cinta itu, dia masih ingat seseorang telah menelefonnya dan menawarkan sejumlah bayaran yang besar semata-mata untuk diajak sebagai teman ranjang.

“Kebanyakan yang berbuat begitu (memberi tawaran) adalah lelaki tua yang sebaya dengan bapa saya,” katanya.

Biarpun ditawarkan dengan sejumlah bayaran yang besar, Ariel berkata dia tidak pernah menerima ‘pekerjaan’ seperti itu.

“Memang ada selebriti yang menerima tawaran seperti itu, tetapi masing-masing ada jalan hidup mereka sendiri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI