fbpx

Achey gembira miliki rumah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACHEY bersama keluarga berdiri di hadapan rumah baharunya.

KUALA LUMPUR – Impian pelawak popular, Achey untuk memiliki sebuah rumah sendiri sejak 10 tahun lalu kini menjadi kenyataan.

Berita gembira tersebut dikongsi Achey menerusi satu hantaran dalam akaun Instagramnya, @acheykintangkintung yang memperlihatkan dia bersama isteri serta anaknya berdiri di hadapan sebuah rumah jenis teres tiga tingkat yang difahamkan terletak di Sungai Buloh. Selangor.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 34, dia memanjatkan rasa syukur kerana kejayaannya itu adalah berkat doa orang sekeliling termasuklah para peminat.

“Biarpun masih hutang bank tetapi itu juga menolak kami untuk tidak selesa dengan keadaan sekarang. Terus usaha dan terus percaya tanamkan sasaran serta jayakan sasaran itu walaupun bertahun lamanya.

“Bisnes juga antara faktor utama yang membantu walaupun banyak bisnes yang kami usahakan tidak berjaya sehinggalah jumpa bisnes yang tepat dan dapat bantu kami serta keluarga,” katanya dalam hantaran tersebut.

Tambah ahli kumpulan Bocey itu, baginya, pengalaman gagal dalam bisnes itu merupakan guru terbaik untuk semua insan.

“Dugaan?  Ya, saya penat dengan dugaan tetapi kuncinya ialah syukur dengan dugaan tersebut kerana Allah SWT berikan perkara itu bersebab.

“Tak boleh bercerita panjang, nanti saya akan ceritakan lagi dalam gambar lain. Apa pun, terima kasih kepada insan-insan yang telah membantu kami sepanjang proses mendapatkan rumah ini,” ujarnya.

Terdahulu, sejak Julai lalu, Achey berkongsi beberapa keping gambar ‘teaser’ tentang dekorasi di dalam rumah baharunya itu. K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI