fbpx

Morata buktikan sentuhan masih padu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORATA berjaya meledak gol keempat Sepanyol selain memulakan gerak dalam menghasilkan dua gol lain buat pasukan itu. – AFP

COPENHAGEN – Ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique percaya nama Alvaro Morata perlu ada dalam kesebelasan utama setiap pasukan di dunia selepas membantu La Roja mara ke suku akhir Euro 2020.

Morata, 28, membuktikan penyudah yang cukup tajam apabila meledak gol keempat Sepanyol dalam kemenangan 5-3 ke atas Croatia pada pusingan 16 pasukan terbaik di Stadium Parken awal pagi semalam.

Enrique, 51, ternyata kagum dengan semangat dan kecemerlangan ditunjukkan penyerang Juventus itu yang tidak terkesan dengan kecaman serta ugutan diterima oleh dia dan keluarganya sebelum perlawanan tersebut.

“Tiada mana-mana jurulatih pasukan kebangsaan di dunia ini yang akan mengambil mudah kemampuan dan kebolehan yang ada pada pemain seperti Morata.

“Dia bukan sahaja dominan di udara, malah mempunyai fizikal yang keras dan boleh menja­ringkan gol untuk pasukan anda. Saya sangat menghargai peluang mempunyai penyerang seperti Morata,” katanya.

Morata bukan sahaja meledak satu gol tetapi turut menjadi penggerak kepada dua ja­ringan Sepanyol selain berjaya melengkapkan 84 peratus hantaran dalam kawasan Croatia sepanjang perlawanan tersebut.

“Saya dedikasikan gol ini kepada isteri, anak dan keluarga saya serta semua yang memberikan sokongan kepada saya dalam tempoh sukar sekarang,” jelas Morata.

Ia adalah gol kedua peribadi Morata bersama Sepanyol dalam kempen Euro 2020 selepas me­rakam jaringan pertama ketika seri 1-1 dengan Poland sewaktu aksi Kumpulan E sebelum ini.

Sebagai rekod, Sepanyol yang muncul pasukan pertama menjaringkan lima gol dalam dua perlawanan berturut-turut, akan berhadapan Switzerland untuk aksi suku akhir di Sta­dium Krestovsky pada 3 Julai ini.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI