fbpx

Tiga cedera, lif jatuh dari tingkat dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang berusaha mengeluarkan seorang mangsa yang cedera, petang tadi. -foto : IHSAN BOMBA

KUALA LUMPUR – Lima individu berdepan detik mencemaskan apabila lif yang dinaiki mereka terjatuh dari tingkat dua di Wisma Elken, Jalan Klang Lama, dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian itu, tiga wanita mengalami kecederaan pada bahagian kaki manakala dua mangsa lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II, Armdan Mahat berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada pukul 4.22 petang.

“Seramai 25 anggota pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dengan bantuan BBP Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, terdapat lima mangsa terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita yang berusia lingkungan 28 hingga 61 tahun berada di dalam lif tersebut,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelasnya, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 4.35 petang.

“Dalam kejadian itu, tiga mangsa wanita yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Taman Desa menggunakan EMRS,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI