fbpx

JDT terbuka terima kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VELAZQUEZ meledak gol tunggal JDT ketika mereka tumbang 1-4 kepada Pohang di Rajamangala kelmarin. – FB JOHOR Southern tiger

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menerima kekalahan dengan hati terbuka selepas mereka tewas 1-4 kepada kelab Korea Selatan, Pohang Steelers pada aksi ketiga Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Bangkok, Thailand kelmarin.

Pengendali kelahiran Mexico itu juga enggan mempersoalkan tindakan pengadil perlawanan dari Australia, Shaun Evans yang menghadiahkan tiga sepakan penalti kepada juara tiga kali ACL itu pada aksi di Stadium Rajamangala.

Katanya, JDT terperangkap dengan corak permainan Pohang yang bersahaja melakukan transisi hantaran memaksa mereka keluar daripada formasi sebelum melakukan sera­ngan.

“Corak permainan mereka perlahan dan kerap mengubah haluan serangan seperti me­nunggu kami leka. Ini yang menyebabkan pemain keletihan kerana terpaksa bekerja keras mengekang pergerakan mereka.

“Pada awalnya kami beraksi dengan baik apabila terlebih dahulu mencipta jaringan, namun malangnya kami telah memberikan mereka dua sepakan penalti pada babak pertama yang me­ngubah rentak permainan.

“Kami menguasai perlawanan pada babak kedua, namun serangan yang dilancarkan ti­dak membuahkan hasil bahkan Pohang pula yang berupaya menambah gol di minit-minit akhir permainan,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan kelmarin.

Pada perlawanan itu, Leandro Velazquez meledak gol kedua peribadinya dalam kempen ACL apabila mencipta jaringan pembukaan pada minit ke-17 sebelum Boris Taschi dan Kang Sang- woo masing-masing menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Pohang di hadapan pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, pemain gantian Pohang, Kwon Gi-pyo meledak gol ketiga pasukan pada minit ke-82 sebelum Evans sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti kepada kelab Korea Selatan itu yang disudahkan oleh Lim Sang-hyub pada masa kecederaan.

Mengulas lanjut, Mora ber­tekad untuk membalas dendam kekalahan terhadap kelab Korea Selatan itu apabila mereka akan bertemu sekali lagi bagi perlawanan ke­empat Kumpulan G pada Khamis ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI