fbpx

Shahrulezad selar artis kemaruk ‘content’ tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin tertanya-tanya motif seorang pelakon wanita yang gemar membuka pekung apabila bercerita perkara tidak baik di lokasi penggambaran menerusi TikTok.

Katanya, tindakan yang dilakukan untuk meraih ‘like’ dan pengikut baharu itu akan merugikan dirinya apabila lebih ramai rakan seperjuangan, terutama pengarah dan penerbit menjauhkan diri.

“Dia nak bercerita mengenai pengalaman di TikTok tak jadi masalah, itu hak dia. Tapi sejak kebelakangan ini dia makin galak menceritakan perkara tidak elok di lokasi semata-mata untuk meraih perhatian.

“Habis segala cerita dalam ‘rumah tangga’ didedahkan kepada umum sampai ada yang sudah viral malah ramai yang kirim video dia mengumpat pengarah dan artis lain secara terbuka kepada saya.

“Saya tak cakap dunia hiburan drama atau drama sempurna. Rumah tangga kita tak lepas dari cacat cela tetapi kalau boleh kita sorok aib dan cela tu daripada pengetahuan umum.

“Apa yang saya faham, dia buat orang lain jauhkan diri disebabkan mulut lancangnya. Sebagai penerbit dan pengarah kalau artis sejenis ini dalam set kami yang tak sempurna, takut dijaja pula aib kami,” katanya.

Malah kataya, tindakan tidak bertanggungjawab individu berkenaan sebenarnya lebih banyak mengundang persepsi buruk tentang industri hiburan kepada masyarakat.

“Awak bukan tak tahu pandangan orang luar terhadap dunia artis. Namun sebagai artis awal buka pekung sendiri buat apa, lagilah orang pandang hina kepada kita.

“Saya sendiri pun selalu berhadapan isu di set tetapi lebih suka simpan sendiri. Kalau mahu kongsi cuma dalam kalangan kami, produser dan pengarah, bukan untuk pengetahuan umum apatah lagi jadi ‘content’.

“Semua keluarga ada aib masing-masing. Apa perasaan anda kalau ada salah seorang ahli keluarga anda sejenis suka mendedahkan aib keluarga kepada orang? Mesti anda tak suka kan?

“Pasukan produksi dan penggiat seni dalam dunia hiburan adalah entiti yang saling bergantung sekali gus seumpama sebuah keluarga besar dan sentiasa menjaga aib masing-masing,” luah pengarah Nur itu lagi.

Tambah anak seni yang lantang itu, andai seseorang selebriti mahu membuat kandungan bagi laman sosial, pihak terbabit sepatutnya mencari perkara yang memberi manfaat.

“Kalau kemaruk nak buat kandungan sekali pun, carilah benda yang mendatangkan faedah kepada semua. Bukannya dengan cara mendedahkan aib yang kalau boleh kita semua nak tutup.

Biarpun tidak menamakan identiti pelakon kemaruk ‘content’ tular itu secara terbuka, umum tahun artis yang dimaksudkan pengasas rumah produksi Radius One ialah Adrea Abdullah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI