fbpx

Individu sertai Black Democracy akan terus dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menegaskan akan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang menyertai perhimpunan Black Democracy yang dijadualkan esok.

JOHOR BAHRU – Mana-mana individu yang didapati menyertai perhimpunan haram Black Democracy yang dijangka diadakan esok di seluruh negara akan terus dikompaun.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak akan beri muka kepada individu terlibat sebaliknya terus mengambil tindakan terhadap mereka.

Tegas beliau, Polis Johor telah menggerakkan elemen keselamatan bagi memastikan tidak ada insiden melibatkan Black Democracy diadakan di negeri ini.

“Kita akan memantau serta mengambil tindakan sekiranya ada mana-mana individu atau kumpulan yang berkumpul di lokasi ditetapkan, kita akan terus ambil tindakan, tiada kompromi.

“Siapa yang berkumpul kita akan kompaun, ini zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kenapa mesti nak berkumpul? Duduk rumahlah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ayob Khan berkata demikian ketika diminta mengulas video Anonymous berdurasi dua minit 40 saat yang mengajak orang ramai berhimpun dengan memakai baju berwarna hitam bagi membantah pelaksanaan PKP menerusi operasi Black Democracy.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, anggotanya telah mengambil langkah-langkah pemantauan dan bersiap sedia untuk mengambil tindakan sekiranya mengesan individu terlibat perhimpunan haram itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI