fbpx

‘Loji’ hidroelektrik boleh dibawa ke mana sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUMINO menerangkan tentang fungsi dan keberkesanan kotak hidroelektrik ciptaannya menjana tenaga elektrik kepada pelajar sekolah.

TENAGA elektrik merupakan satu sumber yang sangat penting dalam kehidupan manusia sejak zaman berzaman.

Tanpanya, kehidupan kita tidak lengkap kerana rumah-rumah akan bergelap dan berpanas pada waktu malam, selain banyak perkara tidak mampu dibuat dengan lebih efisien seperti kilang tidak dapat mengeluarkan produk seperti sepatutnya.

Sejak dahulu lagi, pelbagai kaedah digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dan salah satunya adalah melalui loji hidroelektrik.

Secara konvensional, empangan akan dibangunkan bagi menampung air dalam jumlah besar dan tenaga yang terhasil daripada air akan membolehkan turbin bergerak.
Kemudian ia menggerakkan penjana kuasa untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Namun begitu, revolusi dalam teknologi inovasi menyaksikan terdapat pihak yang ‘bergerak’ ke depan untuk menggunakan kaedah sama, tetapi dalam skala lebih kecil.


KOTAK hidroelektrik mampu berfungsi dengan baik di kawasan arus yang mengalir walaupun di aliran longkang atau sungai yang cetek.

Dalam hal ini, seorang jurutera di Jepun, Masaya Sumino berjaya menghasilkan penjana kuasa hidroelektrik mini.

Menurutnya, dia mencipta alat tersebut kerana percaya air yang mengalir mempunyai tenaga.

Justeru, dia ingin menggunakan sumber ini semaksimum mungkin dan tidak mensia-siakannya begitu sahaja.

Itulah yang memberinya inspirasi untuk menggunakan konsep tersebut dan memaksimumkan penggunaan tenaga yang jarang digunakan orang lain daripada sumber alam.

“Penjana kuasa hidroelektrik mini yang dihasilkannya itu berbentuk kotak seberat 18 kilogram, mengandungi besi turbin spiral.

“Penjana kuasa itu juga mempunyai panjang satu meter dan lebar 29 sentimeter,” katanya.

Tambahnya, dengan ukuran dan berat sedemikian, ia membolehkan penjana kuasa itu dibawa ke mana-mana sahaja dan mudah untuk diangkat oleh seorang individu sahaja.

Posisi bilah spiral direka dalam bentuk mengiring. Alat itu berfungsi dengan meletakkan bahagian yang tinggi di bahagian hulu sungai, sementara bahagian rendah di arah bertentangan.

Aliran air di hulu sungai yang disekat oleh plat logam setinggi 15 sentimeter akan naik dan kemudian turun melalui turbin lingkaran.

Di sinilah daya air pada bahagian bilah menggerakkan turbin dan menjana tenaga elektrik.

Oleh yang demikian, penjana kuasa mini ini sentiasa berfungsi di kawasan air mengalir walaupun dalam aliran longkang atau sungai yang sangat cetek.

INOVASI ini turut diletakkan di saluran air tepi jalan bagi sumber tenaga lampu jalan.

Penjana kuasa hidroleketrik yang dibangunkan Sumino ini boleh menjadi alat kepada penyelesaian sekiranya berlaku kecemasan.

Selain itu, ia juga boleh digunakan di tempat yang sukar menerima akses elektrik seperti di kawasan terpencil dan penggunaannya sangat efisien.

“Ada banyak didiami oleh manusia tidak memiliki akses elektrik.

“Sekiranya kita dapat menyediakan kaedah ini untuk menghasilkan elektrik, ia pasti mengubah kehidupan mereka. Ini adalah harapan saya,” jelas Sumino.

Dalam pada itu, inovasi yang dilakukan oleh Sumino ini juga telah digunakan di saluran air di pinggir jalan sebagai sumber tenaga untuk lampu jalan.

Selain itu, ia juga menjadi sumber tenaga untuk pagar elektrik bagi melindungi kawasan pertanian di Negara Matahari Terbit itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI