fbpx

APMM tahan kapal tangki bersauh tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kapal asing ditahan selepas didapati bersauh di perairan Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah kapal tangki yang disyaki bersauh tanpa kebenaran di perairan negeri ini semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, penahanan kapal tangki yang berdaftar di Hong Kong itu adalah hasil maklumat pengesanan yang diterima daripada pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semasa menjalankan rondaan udara di sepanjang perairan Selat Melaka.

Katanya, sebaik maklumat diterima, Kapal Maritim (KM) BURAU yang ketika itu melaksanakan rondaan Op Pertiwi diarahkan ke lokasi di kedudukan kira-kira 105 kilometer barat daya Pulau Kendi pada pukul 12 tengah hari.

“Semasa pemeriksaan, nakhoda kapal enggan memberikan kerjasama, malah cuba melengah-lengahkan pemeriksaan serta melakukan provokasi ketika cuba diperiksa dan ditahan.

“Kapal tersebut dikatakan dalam perjalanan dari Terminal Fateh, Emiriah Arab Bersatu menuju ke Singapura,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut dikendalikan 27 kru termasuk nakhoda yang terdiri dari warga Korea Selatan, Filipina dan China.

“Kesemuanya memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, namun nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh serta gagal memaklumkan ketibaan di perairan Malaysia,” katanya lagi.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 491B(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI