fbpx

UMNO tangguh pemilihan selama 18 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah bersetuju agar pemilihan jawatan di semua peringkat termasuk cawangan dan bahagian ditangguhkan selama 18 bulan bermula esok.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan ini adalah selaras dengan Perlembagaan UMNO Fasal 10.16 iaitu MKT berhak menangguhkan pemilihan di semua peringkat termasuk bahagian dan cawangan.

Katanya, penangguhan ini tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan.

“Esok genap tempoh tiga tahun pemilihan UMNO, sepatutnya dalam keadaan biasa perlu membuat pemilihan semula.

“Namun, mesyuarat MKT sebelum ini menetapkan agar UMNO merujuk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bagi mendapatkan panduan kerana negara dan rakyat sedang menghadapi pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, beliau sendiri telah menemui dan menulis surat kepada Ketua Pengarah MKN, Ketua Pengarah KKM dan Ketua Pengarah RoS.

Jelas beliau, intipati surat jawapan daripada KKM dan MKN mencadangkan agar mesyuarat dan pemilihan UMNO dibuat secara online.

“UMNO tidak pernah melaksanakan mesyuarat dan persidangan secara online di semua peringkat. Kita khuatir jika berlaku kesilapan teknikal yang tinggi serta kesukaran mendapatkan liputan internet di luar bandar,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI