fbpx

Didenda RM2,500 miliki senapang buatan sendiri untuk memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SELAYANG – Gara-gara memiliki senapang buatan sendiri yang dibuat untuk memancing ikan, seorang juruteknik penghawa dingin didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Muhammad Hazari Hassan Basri, 39, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya jumlah denda itu gagal dibayar, tertuduh boleh dipenjara selama tiga bulan dan dia membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Hazari didapati dalam milikannya selaras senapang buatan sendiri berukuran panjang lebih kurang 43 sentimeter, pemegang kayu berwarna coklat, laras aluminium dan peluru sebatang besi berukuran 30 sentimeter di hujung besi yang telah diubah suai menjadi tajam.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Besar Selayang Height Gombak di sini pukul 7.30 petang pada 25 Jun lalu yang didakwa di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam D. Jaymurugan memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan senapang tiruan yang dimiliki tertuduh adalah tujuan untuk memancing (menembak ikan).

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisak Hassni memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI