fbpx

11 pemandu e-hailing ditahan tipu pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adenan (kanan) memeriksa seorang pemandu e-hailing di Nibong Tebal hari ini. - Foto MOHAMMAD FIRDAUS AMRAN

SEBERANG PERAI – Seramai 11 pemandu kenderaan e-hailing ditahan kerana tidak menggunakan aplikasi semasa operasi khas oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini selama dua hari bermula semalam.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md. Isa berkata, penahanan itu dibuat susulan aduan daripada pengguna khususnya penerima vaksin dan pesakit yang tamat menjalani tempoh kuarantin di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 (PKRC) di Jawi, Nibong Tebal di sini.

Menurutnya, selain aduan daripada penerima vaksin dan pesakit tersebut, operasi itu juga dibuat susulan terdapat aduan berlakunya pergaduhan dalam kalangan pemandu terbabit di hadapan PKRC kerana berebut penumpang.

“Sebagai contoh, pemandu ini akan menghidupkan aplikasi e-hailing, namun tidak menggunakannya.

“Jadi, jika dalam aplikasi telah menetapkan kadar tambang untuk satu perjalanan adalah RM52, pemandu ini akan mengenakan bayaran sebanyak RM72 yang pastinya jauh lebih mahal daripada tambang asal,” ujar beliau kepada pemberita hari ini.

Katanya, pemandu terbabit dipercayai menyasarkan penumpang warga asing termasuk dari Indonesia dan Bangladesh serta penumpang yang tidak dijemput untuk pulang sebaik sahaja keluar dari PKRC.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 12(5)(d) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI