fbpx

PATI lari masuk dusun durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 171 pekerja warga asing yang diperiksa dalam serbuan Ops Sapu di Tanjung Minyak, awal pagi tadi.

MELAKA – Taktik sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi di dusun durian bagi mengelak dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri gagal apabila kesemua mereka ditahan di Tanjung Minyak, di sini, awal pagi tadi.

Kesemua 35 PATI lelaki berusia antara 25 hingga 45 tahun itu dicekup dalam Ops Sapu yang dijalankan selama lima jam sehingga pukul 4 pagi tadi di sebuah tapak pembinaan di kawasan tersebut.

Timbalan Pengarah JIM negeri, K. Vishnutharan berkata, ketika serbuan dilakukan pukul 11 malam itu, beberapa PATI melarikan diri sejauh 250 meter dan menyorok di sebuah dusun durian berhampiran.

“Ketika serbuan dilakukan, ada yang melarikan ke dusun durian, tetapi kita berjaya menahan mereka dan memeriksa keseluruhan 171 pekerja asing di lokasi tersebut.

“Bagaimanapun, hanya 35 orang yang ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah akta Imigresen termasuk tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Vishnutharan berkata, mengikut pecahan, 18 yang ditahan adalah warga Bangladesh dan 17 warga Indonesia.

Katanya, kesemua PATI ditahan dibawa ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) bagi menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum di hantar ke Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo untuk tindakan lanjut.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI