fbpx

Bertani tanpa tanah beri hasil terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBUN akuaponik tidak memerlukan ruang yang besar untuk dibangunkan.

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan buat kali ketiga pada kali ini mungkin sedikit berbeza dengan sebelumnya kerana ramai dalam kalangan kita sudah dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baharu.

Kebanyakan kita telah dapat membiasakan diri dengan suasana bekerja dari rumah.
Ini membolehkan kita meluangkan lebih masa di rumah untuk melakukan aktiviti bersama keluarga.

Antaranya termasuklah berkebun secara akuaponik.

Ia merupakan kaedah pertanian yang semakin popular dan mendapat perhatian banyak pihak di negara ini kerana dilakukan tanpa penggunaan tanah untuk menanam sayur-sayuran segar di kawasan rumah.

Pengasas Farm2Fork dan juga pekebun akuaponik, Dr. Richard Ng menjelaskan, berbeza dengan hidroponik, kaedah akuaponik adalah cara pertanian yang revolusioner dengan menggunakan sumber daya minimum untuk menghasilkan tanaman dan sayur-sayuran terbaik.

Menurutnya, ia merupakan kaedah pertanian yang menggabungkan akuakultur menggunakan ikan dan hidroponik yang mana hasilnya ditanam tanpa menggunakan tanah.

“Ekosistem perkebunan tanpa tanah ini memberi tumpuan kepada pemberian makanan kepada ikan yang diternak.

“Setelah ikan-ikan ini menghasilkan sisa buangan, ia disaring dan diubah menjadi pemakanan tanaman yang kemudian disalurkan melalui paip ke dalam bekas biji benih agar dapat tumbuh dengan subur,” jelasnya.

Keperluan utama yang harus ada untuk memulakan pertanian akuaponik adalah ikan dan bekasnya, ruang untuk membina kebun serta penapis air.

DR. RICHARD memeriksa menara sayurnya di kebun akuaponik miliknya.

Kata Dr. Richard, keseimbangan ekologi memainkan peranan besar dalam kejayaan kebun akuaponik.

Ujarnya, beberapa faktor yang menyumbang kepada perkembangannya termasuk nisbah ikan dengan air, spesies ikan diternak serta suhu kebun.

“Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan pertanian jenis ini, ikan tilapia disyorkan untuk diternak,” ujarnya.

Selepas lima tahun berusaha untuk mendapatkan proses terbaik untuk pertanian akuaponik, Dr. Richard akhirnya menemui komponen tepat untuk memastikan ekosistem seimbang bagi memastikan hasil terbaik.

Setelah melakukan beberapa kajian, dia mendapati penggunaan sistem penapisan air turut memainkan peranan penting dalam memastikan bidang akuaponik yang diceburinya memberikan hasil seperti yang diharapkan.

Ini kerana katanya, tanpa sistem penapisan yang betul, peredaran yang berlaku antara air, tanaman dan ikan gagal berfungsi dengan baik.

Untuk itu, dia menggunakan sistem penapisan air Waterco Malaysia kerana dapat mempercepatkan proses pertumbuhan tanaman tanpa mempengaruhi ekologi sistem, selain menjimatkan kos.


AKUAPONIK menggabungkan akuakultur yang menggunakan ikan dan hidroponik yang mana hasilnya ditanam tanpa menggunakan tanah.

Tidak seperti pertanian tradisional, tanaman akuaponik tidak memerlukan siraman air secara konsisten.

“Setelah beberapa kegagalan diharungi, saya mendapati ia disebabkan kurangnya pengetahuan tentang asas pertanian akuaponik. Ini termasuk keluasan kebun serta jumlah ikan yang diperlukan.

“Semua ini memainkan peranan besar dalam mengembangkan kebun akuaponik yang berjaya dan mapan.

“Asalkan anda memahami sains di sebalik akuaponik, penjagaannya pasti tidak menjadi satu masalah besar,” tegas Dr. Richard.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI