fbpx

Peniaga didakwa terima suapan RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang peniaga (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM15,000 kononnya sebagai dorongan untuk melepaskan seorang tahanan polis, empat tahun lalu. - Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM15,000 kononnya sebagai dorongan untuk melepaskan seorang tahanan polis, empat tahun lalu.

Tertuduh, Khairul Husni Othman, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Diana Md. Razali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Khairul Husni didakwa telah secara rasuah meminta suatu suapan iaitu wang tunai RM15,000 daripada Ros Zunnurain Mohammad Razif melalui pindahan wang secara dalam talian kononnya sebagai suatu dorongan untuk melepaskan ibunya daripada tahanan pihak polis.

Difahamkan, penyerahan wang tersebut berlaku setelah tertuduh berjaya meyakinkan Ros Zunnurain bahawa dia dapat membebaskan ibu wanita itu, tetapi sebenarnya wang tersebut digunakan untuk kegunaan peribadi dan persatuan miliknya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan RK 4/10 Rasah Kemayan, Seremban pada 1 Jun 2017 dan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di pejabat SPRM berdekatan setiap bulan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes akan disebut semula 30 Julai depan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI