fbpx

Lima sekeluarga terperangkap banjir kilat di Batu Ferringhi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hujan selama beberapa jam menyebabkan banjir kilat di Batu Ferringhi dekat George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Sebuah keluarga di Kampung Din Bamboo, Batu Ferringhi di sini berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam banjir kilat sebelum diselamatkan anggota bomba hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.59 pagi itu, lima anggota keluarga berkenaan termasuk dua kanak-kanak berjaya diselamatkan setelah kawasan rumah mereka dinaiki air setinggi satu meter.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, banjir kilat dipercayai berpunca dari limpahan air sungai berhampiran rumah berkenaan.

Beliau berkata, beberapa buah rumah dimasuki air, namun hanya lima mangsa yang terlibat dan dipindahkan ke tampat selamat.

Dalam pada itu, seorang mangsa banjir, Rosliza Mohamad, 35, berkata, hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan air dari sungai berhampiran kampung berkenaan melimpah dengan pantas.

“Kami tidak sempat menyelamatkan barangan di dalam rumah, air naik terlalu cepat dan air mulai surut selepas pukul 11 pagi ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI