fbpx

Saya bertanggungjawab atas kekalahan – De Ligt

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE LIGT berjalan keluar dari padang selepas dilayangkan kad merah ketika Belanda tewas 0-2 kepada Republik Czech di Puskas Arena, Budapest awal pagi semalam. – AFP

BUDAPEST – Belanda akhirnya ditunjukkan jalan keluar pada saingan Euro 2020 selepas kalah mengejut 0-2 kepada Republik Czech pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik di Puskas Arena awal pagi semalam.

Skuad kendalian Frank de Boer itu menampilkan aksi kurang bermaya apabila gagal melakukan sebarang percubaan tepat ke arah pintu gol Czech meskipun diketuai Memphis Depay di jentera serangan.

Selain itu, layangan kad merah kepada pemain pertahanan, Matthijs de Ligt turut menjadi punca kekalahan tersebut selepas dia didapati menepis bola menggunakan tangan.

Justeru, keadaan itu digunakan sebaiknya oleh Czech untuk melancarkan serangan ke arah pintu gol Belanda dan mereka berhasil menjaringkan dua gol menerusi Tomas Holes dan Patrik Schick.

“Sudah tentu saya rasa sangat bersalah kerana kami tewas gara-gara tindakan yang saya lakukan. Saya tidak sepatutnya mem­biarkan bola itu melantun kerana boleh mengeluarkannya lebih awal.

“Bagaimanapun, ia sudah berlaku dan telah mengubah situasi permainan. Rakan-rakan sepa­sukan berjuang hingga ke wisel penamat, namun saya tetap kecewa dan bertanggungjawab atas kekalahan ini,” kata De Light yang juga pemain pertahanan Juventus.

Sementara itu, pemain tengah, Frenkie de Jong tanpa berselin­dung mengakui terkejut dengan aksi hambar yang ditampilkan memandangkan mereka mara ke pusingan 16 pasukan terbaik sebagai juara kumpulan.

“Kami dilihat kurang bermaya pada perlawanan ini dan ia sangat mengejutkan. Bukannya kami pandang rendah pihak lawan, namun apa yang kami lakukan hari ini (semalam) serba tidak menjadi,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI