fbpx

Tekad tinggalkan Yamaha, namun bukan ke Aprilia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAVERICK Vinales dikatakan sudah tawar hati dengan pasukan Monster Energy Yamaha yang memberi layanan lebih istimewa kepada Quattararo pada saingan MotoGP musim ini. – AFP

ASSEN – Pelumba Sepanyol, Maverick Vinales menafikan dia akan menyertai pasukan Aprilia pada musim depan selepas bertekad untuk me­ninggalkan pasukan Monster ­Energy Yamaha apabila ber­akhir perlumbaan musim ini.

Pelumba berusia 26 tahun tersebut dikaitkan menerima tawaran terbuka untuk menjadi rakan sepasukan Aleix Espargaro pada tahun depan. Bagaimanapun, Vinales masih terikat kontrak dengan Yamaha sehingga 2022.

Bagaimanapun, Vinales mengakui dia belum memberi sebarang kata putus atau telah menandatangani perjanjian dengan Aprilia.

“Apa yang saya boleh katakan khabar angin mendakwa saya sudah bersetuju untuk menyertai Aprilia adalah tidak benar. Sekarang saya ingin menikmati cuti musim panas dan kita akan lihat apa yang berlaku selepas ini.

“Sudah tentu itu adalah pilihan (meninggalkan Yamaha) dan saya telah memikirkan sejak awal musim lagi. Kea­daan ini disebabkan saya gagal mempamerkan potensi terbaik bersama Yamaha.

“Buat masa ini saya tidak dapat mene­rangkan lebih lanjut,” katanya.

Vinales dikatakan kecewa terhadap layanan pasukannya semenjak kehadiran Fabio Quartararo yang tampil cemerlang dengan menghuni tangga teratas apabila meraih empat kemenangan dalam kategori perdana musim ini.

Akibat masalah dalaman itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aprilia, Massimo Rivola me­ngakui berminat untuk mendapatkan Vinales tetapi dengan syarat pelumba Sepanyol itu seharusnya tidak terikat kontrak.

Buat masa ini, Aprllia masih mencari pelumba keduanya selepas mengesahkan Espargaro kekal bersama mereka pada tahun depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI