fbpx

PenjanaKerjaya dijenamakan semula, ditambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika sidang akhbar hari ini.

PETALING JAYA – Program PenjanaKerjaya yang berakhir hujung bulan ini akan dilanjutkan serta dijenamakan sebagai PenjanaKerjaya 3.0 dengan beberapa penambahbaikan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara penambahbaikan itu adalah mengurangkan had kelayakan gaji daripada RM1,500 kepada RM1,200 untuk program Malaysianisation.

Jelasnya, ia bermatlamat memberi lebih dorongan kepada majikan untuk mengganti pekerja asing dengan pekerja tempatan.

“Selain itu, tempoh kontrak pengajian juga akan dilonggarkan daripada 12 bulan kepada enam bulan bagi kategori pekerja berusia 50 tahun ke atas, golongan orang kelainan upaya (OKU) dan bekas banduan,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang disiarkan secara langsung hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI