fbpx

Hidup jangan tamak, ingat sikit orang belakang – Dayana Roza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIYANA ROZA tumpang marah apabila ada individu yang tamak menyimpan stok barang bantuan melebihi keperluan.

PETALING JAYA – Pelakon Dayana Roza mengesa segelintir masyarakat supaya tidak bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan pihak lain yang turut terkesan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Bahari, 29, percaya memang wujud segelintir manusia yang hidup dengan sifat tamak tanpa menghiraukan orang lain.

“Tidak dinafikan memang wujud orang seperti ini. Kiri, kanan, depan dan belakang dia kaut. Kepada yang ambil kesempatan atas alasan ‘tiada makanan’, ‘tiada susu anak atau ‘anak tak makan’, tapi dalam diam dah kumpul banyak bekalan makanan, tolonglah berhenti,” katanya.

Ujar pelakon drama Cinta Bukan Kristal itu lagi, masih ramai lagi ahli masyarakat yang terpaksa ‘ikat perut’ disebabkan situasi pandemik yang melanda di seluruh dunia pada hari ini.

Sempat menitipkan pesan, Dayanan berharap individu yang memiliki sifat tamat itu supaya sentiasa beringat akan kesusahan orang lain dengan berbahagi rezeki.

“Ingat sikit orang belakang ya kakak dan abang. Tak perlu nak simpan bekalan sampai raya tahun depan. Ini dah kini macam makan hak orang, tak berkat nanti.

“Jangan nanti disebabkan orang-orang macam awak, orang yang nak bagi bantuan dah tak percaya. Akibatnya orang yang betul-betul memerlukan nanti lapar tak makan. Fikir-fikirkan,” jelasnya.

Dayana berkongsi hantaran tersebut sebagai respons terhadap sekeping gambar yang memaparkan seorang penerima bantuan mengumpul sumbangan barangan keperluan harian sehingga ‘membukit’ yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Seorang pemilik akaun Facebook, Mohammad Fairuz yang membuat perkongsian tersebut berkata, dia dihubungi seorang wanita yang bantuan makanan, namun dia terkejut apabila mendapati terdapat banyak stok barang keperluan tersimpan dalam sebuah bilik di rumah individu terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI