fbpx

PTPTN, JPA, Mara, PTPK tangguh pembayaran pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bagi membantu para peminjam pendidikan, beberapa agensi kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara agensi yang terlibat adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang akan memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjamnya.

“Kedua menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga enam bulan.

“Ketiga, menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang disiarkan secara langsung hari ini.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, kerajaan turut menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI