fbpx

Tambahan GKP RM500 dibayar lagi November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak RM500 yang mana ia akan dibayar pada September ini dan RM500 lagi pada November.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan berharap bayaran GKP 4.0 itu dapat meringankan tanggungan bulanan kira-kira sejuta usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro khususnya pengusaha kedai gunting rambut, pemilik bengkel, kedai roti dan kek serta pusat penjagaan kesihatan.

“Apa yang penting, kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada pertengahan Julai nanti,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja.

Muhyiddin berkata, melalui inisiatif PSU 4.0, kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja selama tempoh empat bulan.

Beliau menjelaskan, dua bulan adalah bagi semua sektor dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.

“Jika sebelum ini, pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji di bawah RM4,000, sukacita saya umumkan bahawa di bawah PSU 4.0, tiada lagi syarat had gaji ditetapkan.

“Ini bermakna, majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih RM4,000,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI