fbpx

Ebit Lew delegasi pertama di dunia masuk Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew dan rombongan di Gaza tadi.

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal Ebit Lew dan pasukannya merupakan delegasi bantuan kemanusiaan pertama dunia berjaya memasuki Gaza, Palestin melalui Pintu Rafah selepas perang selama 11 hari tamat Mei lalu.

Ebit Lew berkata, beliau memasuki Gaza dengan diiringi tentera Mesir dan kereta perisai sepanjang perjalanan.

“Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami pasukan pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini.

“Lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) seluruh dunia sedang memohon dan sebahagiannya di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat membantu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ebit Lew berkata, beliau bersyukur dapat memasuki Palestin dan berasa sebak seperti pulang ke kampung halaman sendiri.

Menurutnya, perasaan itu mungkin kerana dari kecil beliau berdoa untuk Palestin dan berharap dapat menjejakkan kaki di negara itu.

“Sepanjang masuk sempadan Rafah, cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat,” ujarnya.

Ebit Lew dilaporkan berlepas ke Mesir sejak 25 Mei lalu bagi misi bantuan kemanusiaan rakyat untuk Palestin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI