SEBERANG PERAI – Sebuah rumah dua tingkat hangus dalam kejadian kebakaran di Titi Mukim, Butterworth di sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kejadian kira-kira pukul 1 petang itu melibatkan sebuah rumah kampung berkeluasan kira-kira 111.5 meter persegi.
“Anggaran peratusan kemusnahan akibat kebakaran adalah kira-kira 90 peratus.
“Kejadian itu turut melibatkan sebuah lori yang hangus 30 peratus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut jurucakap itu, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Operasi berkenaan dilakukan Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth dan Kepala Batas sambil dibantu pasukan bomba sukarela. – K! ONLINE