fbpx

Atta Halilintar kesal, Aurel beli sangkar kucing berharga hampir RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atta kesal dengan sikap isterinya, Aurel yang bertindak membeli sangkar kucing bernilai RM30,000.

JAKARTA – Penyanyi Aurel Hermansyah dilaporkan telah menghabiskan wang sehingga 100 juta rupiah (RM28,746) hanya untuk membeli sebuah sangkar kucing sehingga membuatkan suaminya, Atta Halilintar berasa kesal.

Perkara tersebut diluahkan sendiri Atta menerusi saluran YouTube miliknya baru-baru ini.

Bukan itu saja, Atta turut mengadu kepada keluarga mertuanya tentang tindakan Aurel berbelanja besar semata-mata untuk sebuah sangkar kucing.

“Beli sangkar kucing, Pi (panggilan kepada Anang Hermansyah). Berapa harganya? 100 juta rupiah untuk sebuah sangkar kucing,” Ujar Atta kepada Anang dan Ashanty sewaktu berkunjung ke rumah mereka.

“Kamu sudah gila ke? Kamu semakin tidak ada benda nak dibuat dan semakin boros,” tegur ibu tirinya, Ashanty.

Sebagai alasan, anak kepada diva tersohor Indonesia, Krisdayanti itu berkata, tujuan dia membeli sangkar kucing dengan harga mahal itu adalah untuk mengelakkan haiwan peliharaannya itu masuk ke dalam rumah.

“Buat rumah kucing. Jadi dia (kucingnya) tidak masuk ke dalam rumah,” katanya.

Difahamkan bahawa Aurel sememangnya takutkan kucing, namun berkeinginan untuk memelihara haiwan tersebut, lebih-lebih lagi dia kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah ekoran pandemik Covid-19.

Aurel bagaimanapun tidak berkongsi foto sangkar kucing itu di mana-mana platform media sosialnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI