fbpx

Kerajaan Sabah benarkan makan dalam restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula di negeri itu bermula esok.

Ia termasuk makan dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel, gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan serta kedai gunting rambut.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, langkah itu sebahagian daripada pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 bagi negeri Sabah.

“Dengan mengekalkan sebahagian besar Prosedur Operasi Standard (SOP) negeri Sabah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hajiji berkata, aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal juga dibenarkan.

Kata beliau, aktiviti pembuatan dan perkilangan dibenarkan pula diperluaskan kepada industri getah, simen dan cat serta kilang berasaskan kayu dan perabot.

“Perincian SOP negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI