fbpx

Sebuah lagi PKRC di Kelantan henti ambil pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zurairie (dua dari kiri) menerima sumbangan alatan perubatan yang disampaikan Persatuan Buddist Tzu Chi Cawangan Kelantan di PKRC Tanjung Chat, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Sebuah lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri ini tidak menerima pesakit Covid-19 menjelang Hari Raya Aidiladha pada bulan depan.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Mohd. Zurairie Mohd. Zubir berkata, PKRC itu adalah Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pasir Mas kini diletakkan dalam status siap sedia atau ‘standby mode’.

Katanya, PKRC itu tidak akan menerima lagi pesakit selepas melihat jangkitan Covid-19 di Kelantan semakin menurun sejak kebelakangan ini.

“Buat masa ini, kita masih mengekalkan PKRC berkenaan bagi sebarang kemungkinan yang akan berlaku terutamanya sekiranya berlaku semula peningkatan kes.

“Jangkitan di negeri ini masih terkawal. Sekiranya berlaku peningkatan, kita masih boleh menangani kes-kes pesakit Covid-19 dengan menempatkan mereka di 10 buah PKRC sedia ada di Kelantan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI