fbpx

TLDM siasat insiden Fennec

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helikopter jenis AS 555 SN Fennec kemalangan selepas terpaksa mendarat cemas di Pangkalan TLDM Lumut di sini pagi tadi.

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan sebuah helikopter miliknya jenis AS 555 SN Fennec terpaksa mendarat cemas ketika sedang membuat penerbangan operasi di dalam Pangkalan TLDM Lumut di sini.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari tadi.

“Kesemua kru berjaya diselamatkan dan kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut.

“Insiden juga tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan kejadian terkawal,” ujar kenyataan tersebut.

Susulan insiden ini, TLDM akan menubuhkan sebuah Lembaga Siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI