fbpx

Jakim siasat status halal ‘planet gummy’, ‘eye balls’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui status halal bagi produk gula-gula ‘planet gummy’ dan ‘eye balls’ yang kini tular dalam kalangan masyarakat.

Bahagian Hab Halal Jakim menerusi kenyataan hari ini berkata, isu makanan itu telah diberi perhatian dan siasatan akan dijalankan.

Menurutnya, pihaknya mendapati produk tersebut adalah produk import.

Jakim siasat status halal ‘planet gummy’, ‘eye balls’.

“Beberapa hari lalu, pengguna dikejutkan mengenai produk yang dijual secara dalam talian ini mengandungi bahan tidak halal.

“Pendedahan ini dibuat menerusi sebuah akaun TikTok dan menyebabkan Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim dihujani pertanyaan untuk mendapatkan kepastian lanjut,” katanya.

Katanya, sebagai pengguna, semua pihak dinasihatkan agar lebih berwaspada apabila membuat pembelian secara dalam talian dan pastikan status halal produk terlebih dahulu.

Produk makanan itu popular dalam kalangan pengguna TikTok sejak beberapa minggu lalu.

Difahamkan, produk makanan itu diimport daripada negara China dan Korea. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI