LUMUT – Sebuah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis AS 555 SN Fennec terlibat dalam kemalangan selepas terpaksa mendarat cemas di Pangkalan TLDM Lumut di sini pagi tadi.
Ini merupakan kejadian kemalangan pertama melibatkan pesawat TLDM sepanjang lebih 30 tahun penubuhan Skuadron Udara TLDM iaitu KD Rajawali yang berpangkalan di Lumut.
Selain enam buah helikopter AS 555 SN Fennec, TLDM turut mengoperasikan enam helikopter tempur jenis Super Lynx yang kesemuanya memiliki rekod penerbangan yang cemerlang.
Difahamkan, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh pihak TLDM sedikit masa lagi bagi memperincikan punca kemalangan itu. -K! ONLINE