fbpx

Himpun barang bantuan sampai ‘membukit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang menunjukkan seorang penerima di Kajang, Selangor mengumpul barangan bantuan yang diterima dalam sebuah bilik.

PETALING JAYA – Sekeping gambar memaparkan seorang penerima bantuan mengumpul sumbangan barangan keperluan harian sehingga ‘membukit’ tular di pelbagai platform media sosial sejak semalam.

Pemilik akaun Facebook bernama Mohammad Fairuz yang memuat naik hantaran itu berkata, seorang wanita menghubunginya untuk meminta bantuan makanan, namun terkejut apabila mendapati stok barangan bantuan yang agak banyak tersimpan dalam sebuah bilik di rumah individu tersebut.

“Apa la kakak ini. Telefon perlukan bantuan, sekali selak (langsir) bilik ada 11 kampit beras 10 kilogram. Tak cukup ke makan untuk suami isteri dan dua anak,” tulisnya dalam kapsyen hantaran tersebut.

Mohammad Fairuz, 39, ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia aktif mengedarkan barang keperluan harian kepada golongan memerlukan sejak 2013 dan lokasi penerima berkenaan ialah di kawasan Flat Taming Kajang, Selangor.

“Ramai orang hendak tahu mengenai kakak tersebut. Biarlah dia dengan Allah. Saya meluahkan rasa hati sahaja. Tiada niat hendak malukan dia. Kalau kita sayang dan jaga aib saudara kita Insya-Allah, Allah akan jaga aib dan sayang kita.

“Bukan semua bantuan akan diproses dalam seminit. Kami akan teliti baru kami gerak. Jadi harap faham. Insya-Allah lepas siasat kami akan cuba membantu semampu mungkin,” jelasnya.

Sejak dikongsi semalam, hantaran itu mendapat ribuan komen dan dikongsi lebih 6,400 kali dengan kebanyakan netizen menyifatkan sikap penerima tersebut sebagai mementingkan diri sendiri.

“Sebagai orang yang terlibat dalam agihan bakul makanan, kita mahu bagi golongan sasar. Kalau sudah dapat bantuan guna dulu sampai habis. Jangan ambil kiri dan kanan. Sedih sungguh begini. Kasihan mereka yang betul-betul susah,” komen Syed Muaz Syed Putra.

“Sudah boleh buka kedai runcit online,” gurau seorang netizen bernama Kejora Nan Biru.

“Manusia tamak. Memang tidak pernah cukup. Biarpun engkau beri isi perut bumi ini kepada dia,” sindir Asta Black Clover. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI