fbpx

‘Marah-marah, sayang Aris’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi seekor buaya yang bernama Aris yang ingin bergurau dengan salah seorang pekerja Taman Buaya & Rekreasi Melaka menarik perhatian netizen.

PETALING JAYA – Aksi seorang petugas dari Taman Buaya dan Rekreasi Melaka yang berani memarahi seekor buaya bernama Aris yang dipercayai mahu bergurau dengannya mendapat perhatian netizen dan tular di aplikasi TikTok sejak semalam.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna @bedamau memaparkan lelaki itu sedang membersihkan kawasan yang dihuni buaya dan pada masa sama, buaya tersebut mengganggunya ketika sedang sibuk menyapu.

“Orang ada kerjalah daripada nak bergurau dengan kau. Alamak, takda kerja nak bergurau, orang ada banyak kerja nak buat. Masa orang nak bekerja jugalah kau sibuk nak bergurau,” marah pekerja lelaki itu.

Rata-rata pengguna aplikasi TikTok amat kagum dengan tindakan lelaki tersebut yang berani memarahi buaya kerana mereka maklum bahawa buaya merupakan reptilia yang amat ganas.

“Kalau saya yang menyapu pada waktu itu pun saya dah tak berani nak sapu di kawasan tersebut. Tengoklah, sikit punya besar si Aris ni,” seloroh @naziah810.

“Bukan main luas lagi si Aris ini nganga. Kalau saya, dah lama saya campak penyapu. Tak cukup tanah saya lari,” balas @lynn_syaf pula.

“Abang ni mesti dah pernah lalui detik-detik yang lebih menakutkan kan? Kering sangat ni bang,” ujar pengguna bernama @tasyinha. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI