fbpx

Makan di kedai dibenarkan pada Fasa Tiga PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Aktiviti makan di restoran (dine-in) hanya dibenarkan pada Fasa Tiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan rentas daerah pula dibenarkan pada Fasa Tiga manakala pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

“Bagi pengangkutan awam seperti teksi dan perkhidmatan e-hailing termasuk kenderaan persendirian, jumlah kapasiti ditingkatkan kepada tiga orang termasuk pemandu.

“Pasar-pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu juga dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, salon kecantikan turut dibenarkan beroperasi ketika di Fasa Tiga dengan mematuhi SOP ketat yang telah ditetapkan.

Pada masa sama, beliau berkata, pembukaan sektor pendidikan seperti sekolah, institut pengajian tinggi Awam dan swasta dan institut latihan kemahiran tertakluk kepada Takwim Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta penilaian risiko semasa Kementerian Kesihatan (KKM).

“Aktiviti-aktiviti sosial masih tidak dibenarkan semasa Fasa Tiga. Bagaimanapun, kelonggaran untuk menerima tetamu atau pelawat di kediaman dibenarkan terhad kepada 10 orang dalam satu-satu masa.

“Aktiviti pelancongan adalah dibenarkan dengan syarat pelancongan dalam negeri sahaja. Pembukaan tarikan pelancong masih tertakluk kepada penilaian risiko semasa dan SOP yang ketat,” katanya.

Tambah beliau, industri kreatif juga dibenarkan di Fasa Tiga, sebagai contoh acara langsung tanpa penonton. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI