fbpx

Petugas barisan hadapan ‘burnout’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan beberapa orang petugas barisan hadapan terduduk malah ada yang kelihatan terbaring seperti sangat kepenatan selepas dipercayai selesai menyempurnakan pengebumian mangsa korban Covid-19. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Gejala tekanan melampau atau ‘burnout’ adalah isu utama dihadapi sebilangan besar petugas barisan hadapan berikutan perlu bekerja dengan komitmen melebihi 100 peratus bagi suatu tempoh yang lama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, situasi tersebut mengakibatkan keletihan fizikal dan mental yang boleh mengganggu tumpuan serta produktiviti petugas barisan hadapan dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Beliau berkata, tekanan melampau berkaitan peribadi paling tinggi dicatatkan dalam kalangan pegawai farmasi dan petugas kesihatan di peringkat daerah dengan sebanyak 53.8 peratus.

Menurutnya, tekanan melampau berkaitan pekerjaan pula adalah sebanyak 39.1 peratus dengan penolong pegawai kesihatan persekitaran dan petugas di makmal mencatatkan peratusan tertinggi.

“Dalam masa sama, ‘burnout’ berkaitan pesakit pula ialah 17.4 peratus dalam kalangan paramedik dan petugas kesihatan di hospital swasta malah kebanyakannya merasakan mereka tidak mendapat sokongan psikososial yang mencukupi di tempat kerja.

“Ia berdasarkan kajian ke atas 893 petugas kesihatan oleh Roslan N.S. et. al. (2021) mengenai ‘Prevalen dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Burnout Dalam Kalangan Petugas Barisan Hadapan di Malaysia Semasa Pandemik Covid-19’,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, antara faktor situasi ‘burnout’ adalah seperti bebanan tugas, ketidakpastian tempoh pandemik yang panjang, pertukaran dan proses adaptasi terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang pelbagai, rancangan kerjaya terganggu serta kesulitan mengimbangkan keluarga serta kerjaya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI