fbpx

Dua suspek samun klinik gigi diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup tiga lelaki sedang menyamun sebuah klinik pergigian di ibu negara semalam.

PETALING JAYA – Dua daripada empat suspek kes samun sebuah klinik pergigian di Taman Melati, Kuala Lumpur pada pukul 6.30 petang semalam berjaya diberkas pihak polis.

Kedua-dua suspek lelaki masing-masing berusia 30 dan 32 tahun itu ditahan polis di sekitar Wangsa Maju hanya selepas empat jam mereka melakukan jenayah tersebut.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mereka ditahan selepas polis memperoleh rakaman televisyen litar tertutup kejadian itu dan seterusnya melakukan siasatan serta risikan.

“Polis turut merampas kereta serta sebilah parang yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut. Kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Suspek ditahan reman selama enam hari untuk membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Sekyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ashari berkata, dalam kejadian itu, suspek seramai tiga lelaki bersenjatakan parang memasuki klinik pergigian itu dengan menyamar sebagai pelanggan.

Menurut beliau, suspek kemudian mengambil beberapa barang berharga milik mangsa dan klinik pergigian tersebut sebelum melarikan diri.

Jelas beliau, kerugian dalam kes itu dianggarkan kira-kira RM10,000 dan polis sedang mengesan dua lagi suspek yang masih bebas.

“Orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau hadir ke balai polis berhampiran,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI