fbpx

Peniaga tular sudah ditawarkan lot dalam PHKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video memaparkan peniaga tersebut enggan mengosongkan tapak penjaja di luar PHSKL.

PETALING JAYA – Peniaga yang tular kerana enggan mengosongkan tapak penjaja di bahagian luar Pasar Harian Selayang Kuala Lumpur (PHSKL) baru-baru ini sudah ditawarkan lot di dalam PHSKL sejak Mei lalu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun sehingga kini peniaga tersebut belum mengemukakan borang maklumbalas permohonan beserta dokumen seperti yang dipohon oleh DBKL.

“Alasan yang diberikan dalam video yang tular itu adalah tidak tepat kerana beliau sendiri telah ditawarkan lot oleh DBKL di dalam PHSKL melalui surat bertarikh 27 Mei 2021 yang meminta beliau mengosongkan tapak dalam tempoh 14 hari.

“DBKL mengarahkan penjaja di bahagian luar PHSKL supaya mengosongkan tapak berkenaan kerana mahu mengekang aktiviti penjaja tanpa lesen disamping bagi memastikan tiada aktiviti perniagaan pasar secara terbuka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya di sini semalam.

Tambah kenyataan itu katanya, siasatan di tapak juga mendapati perniagaan tersebut dijalankan oleh warga asing.

“Peniaga itu sebelum ini pernah dikenakan tindakan penguatkuasaan lebih daripada tiga kali di bawah UUK 3 – Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja WPKL 2016 kerana berniaga tanpa lesen.

“Tindakan sita juga pernah dikenakan terhadap beliau kerana menggunakan pekerja warga asing,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video memaparkan seorang peniaga enggan mengosongkan tapak perniagaannya dan menegaskan mahu diberi masa sehingga hujung tahun ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI