fbpx

Fasiliti TNB jadi PPV, pusat kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dewan Kelab Kilat TNB di Kapar, Klang, Selangor digunakan sebagai Pusat Pemberian Vaksin.

PETALING JAYA – Dua premis Tenaga Nasional Berhad (TNB) digunakan sebagai fasiliti untuk membendung pandemik Covid-19.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, fasiliti pertama adalah Dewan Kelab Kilat TNB di Pangsapuri TNB di Kapar, Klang.

Fasiliti kedua adalah Kolej Kediaman Bestari di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah di Bandar Muadzam Shah, Pahang.

“Sejak 31 Mac 2021, Dewan Kelab Kilat TNB digunakan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang memudahkan penduduk sekitar mendapat suntikan vaksin.

“Sebanyak 1,016 unit Kolej Kediaman Bestari pula dijadikan sebagsi Pusat Kuarantin Covid-19 sejak 15 April lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baharin berkata, Dewan Kelab Kilat TNB mampu menampung 600 penerima vaksin sehari dan TNB turut menawarkan premisnya yang lain sebagai pusat pemberian vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, katanya, TNB telah menyumbang lebih RM33 juta bagi menjamin kestabilan dan daya harap bekalan elektrik ke lokasi kritikal sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu.

Menurut beliau, ia termasuk PPV, Pusat Simpanan Vaksin serta pos kawalan sementara bagi anggota polis dan tentera.

Kata beliau, ia antara langkah TNB bagi menyokong Pelan Pemulihan Negara bagi melindungi golongan rentan, menyediakan bekalan elektrik yang stabil dan memacu pemulihan ekonomi.

Tambah beliau, TNB juga telah berjaya mengumpul lebih RM1.4 juta menerusi potongan gaji secara sukarela warga kerjanya bagi bulan Jun dan Julai.

“Sumbangan yang dikumpul di bawah Tabung Warga TNB Prihatin ini diagihkan kepada golongan B40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di Semenanjung,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI