fbpx

Aaron Aziz tempelak netizen suka hukum orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON AZIZ dan Aliff Aziz.

KUALA LUMPUR – Pelakon Da­tuk Aaron Aziz menempelak se­setengah netizen yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman terhadap kesilapan orang lain.

Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 44, memberi nasihat berkenaan melalui video selama satu minit dalam Instagram.

“Jangan mempersenda dan jangan sesuka hati sebar orang punya aib. Kalau benda itu dalam Facebook, biarlah orang itu dapat tahu sendiri.

“Jangan forward (memanjangkan) mesej di WhatsApp. Jangan persendakan orang yang sudah bertaubat dan mereka-mereka yang sudah kena hukuman ­dunia. Ia tidak kelakar dan salah,” getus pelakon yang cukup dikenali menerusi watak Malek dalam filem KL Gangster itu.

Dalam video berkenaan, ­Aaron menulis kapsyen berbunyi: “Dengar abang cakap elok-elok ini. Ketawakan orang yang jatuh bukan akhlak yang baik. Ia akhlak yang buruk.”

Rata-rata netizen termasuk pelawak popular Shuib turut bersetuju dengan kata-kata pelakon yang dibahasakan sebagai ‘abang besar’ dalam kalangan peminatnya itu.

“200 peratus setuju! Allah tutup aib kita, jangan nanti Allah buka aib kita, masa tu baru kita faham apakah perasaannya,” tulis Shuib Sepahtu pada ruangan komen.

Seorang lagi pengguna Instagram mencelah: “Kan, abang besar dah cakap.”

Biarpun tidak merujuk atau memfokuskan teguran demi mem­pertahankan mana-mana individu, ramai percaya nasihat Aaron ada kaitan dengan kes pelakon senegarannya, Aliff Aziz yang sedang berdepan perbi­caraan di Mahkamah Negara ­Singapura.

Jumaat lalu, suami penyanyi Bella Astillah itu mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam, satu kes berhubung mencuri sekotak rokok dan pemetik api.

Aliff akan kembali dihadapkan ke mahkamah sama pada 14 September depan bagi keputusan kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI