fbpx

Sajid Javid dilantik Setiausaha Kesihatan Britain baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sajid Javid - AFP

LONDON – Bekas Canselor Perbendaharaan Britain, Sajid Javid telah dilantik sebagai Setiausaha Kesihatan selepas perletakan jawatan Matt Hancock semalam, demikian menurut kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri di Downing Street.

Javid sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Dalam Negeri dari 2018 hingga 2019 dan kemudian sebagai Canselor Kewangan sehingga Februari tahun lalu sebelum digantikan oleh Rishi Sunak.

Hancock mengundurkan diri daripada jawatan Setiausaha Kesihatan Britaian selepas mengakui melanggar garis panduan jarak sosial Covid-19 apabila rakaman video kecurangannya bersama pembantu peribadinya tersebar kepada umum.

Dalam surat perletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, Hancock berkata peletakan jawatannya adalah disebabkan rasa bersalah kerana telah melanggar protokol kesihatan yang sepatutnya diamalkan oleh semua penduduk Britain.

“Perkara terakhir yang saya mahukan adalah untuk kehidupan peribadi saya mengalihkan perhatian dari fokus utama kerajaan iaitu membawa kita keluar dari krisis ini,” katanya.

Hancock juga menyiarkan video di akaun Twitternya, di mana dia mengatakan sebagai pihak yang turut bertanggungjawab mewujudkan peraturan berasa bertanggungjawab untuk mengundurkan diri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI