fbpx

Ramai nak berniqab, ‘tiru’ Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAJIAN rawak oleh Neelofa mendapati wanita memilih niqab sebagai gaya hijab masa kini.

BEBERAPA hari lalu, InstaStory milik Neelofa muncul dalam ruangan media sosial Diva.

Menerusi InstaStory tersebut, selebriti berniqab itu melakukan tinjauan mengenai apakah gaya hijab yang akan dipakai pengikut Instagramnya pada masa akan datang.

Dalam senarai bergambar yang ditunjuk Neelofa itu, antara gaya berhijab yang dipaparkan seperti turban dan berniqab.

Hasilnya, ramai yang memasang niat untuk memilih gaya nombor 12 iaitu berniqab satu hari nanti.

“Rupa-rupanya ramai yang memasang impian untuk memakai gaya 12 (berniqab). Semoga Allah SWT gerakkan kita kepada sasaran kita.

“Semoga setiap perkara baik yang kita buat menjadi ikutan untuk saudara seagama,” tulis Neelofa.

Baguslah jika ramai yang memiliki niat untuk berpurdah atau berniqab. Semoga Neelofa terus menjadi ikutan dan contoh yang baik sebagai selebriti berniqab ya.

DIVA: Hero drama zaman sekarang tidak seperti era Rosyam Nor dan Eman Manan. Zaman sekarang semuanya seperti lembik, meleleh-leleh sebab cinta dan tidak ‘jantan’ langsung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI