fbpx

[VIDEO] Opie Zami sebak cerai isteri talak satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Opie hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Selepas 17 tahun, perkahwinan pelakon dan pengarah Opie Zami dan isterinya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi.

Lafaz cerai itu dibuat, Opie, atau nama sebenarnya Mohamad Saufi Zami, 46, terhadap Zamzarina Mohamed ,43, di hadapan Hakim Syarie Ahmad Mahir Zanial.

Ketika lafaz cerai dibuat pada pukul 10.47 pagi, Opie dilihat mengalir air mata kerana terlalu sebak.

Selepas mendengar lafaz cerai itu, Ahmad Mahir kemudian merekodkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Zamzarina menjalani tempoh edah selama tiga bulan. Opie juga diperintah perlu mendaftarkan perceraian mereka dan sijil nikah dibatalkan.

 

Zamzarina (tengah) keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

 

Sementara itu Opie, yang ditemui diluar mahkamah selepas prosiding berkata masalah rumah tangga dia dan isterinya sudah lama berlaku.

Namun menurut Opie terlalu peribadi untuk dikongsi dan hanya mengharapkan agar penceraian ini merupakan keputusan yang baik antara kedua-dua belah pihak.

“Dalam situasi ini (penceraian) isteri saya tidak salah tapi saya yang salah kerana gagal membentuk isteri menjadi mithali. Lepas ini saya akan uruskan hak penjagaan anak-anak dan tuntutan nafkah,” katanya.

Dalam pada itu, Zamzarina ketika ditemui berkata, dia mengakui yang kemelut rumah tanggannya sudah berlaku sejak 10 tahun yang lalu.

“Selepas ini saya akan menguruskan tuntutan nafkah anak-anak,” katanya.

Zamzarina selaku plaintif memfailkan penceraian terhadap Opie selaku defendan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada 16 Mac lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ammar Shah Saidi,15, Aliff Shah Syedi,13, dan Arrif Shah Saidi, 8,.

Dalam prosiding itu, Zamzarina diwakili peguam syarie Azmanira Ismail @ Zanudin manakala Opie tidak diwakili peguam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI