fbpx

Seleweng 53.9 tan minyak masak bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penguat kuasa KPDNHEP memeriksa minyak masak bersubsidi yang disita kerana terlibat aktiviti penyelewengan hasil serbuan di sebuah kilang di Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Satu sindiket yang menjalankan kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi lumpuh setelah kilang penyimpanan mereka di Pasir Gudang di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, hari ini.

Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, dalam serbuan pihaknya merampas 53,975 kilogram (kg) minyak bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM134,785.

Katanya, hasil siasatan awal dan risikan yang dijalankan selama dua minggu, seramai 10 anggota penguat kuasa KPDNHEP Johor Bahru terlibat dalam operasi pada pukul 9 pagi itu membongkar kegiatan tersebut.

“Dalam serbuan itu, kita menahan tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun iaitu pemandu lori dan juga pekerja yang disyaki memindahkan bekalan minyak masak dari lori ke dalam premis tersebut bagi membantu siasatan.

“Bekalan minyak masak bersubsidi ini dipercayai diperoleh dari beberapa kilang pembungkus minyak masak di sekitar Kuantan dan Lembah Klang sebelum dibawa ke Pasir Gudang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak memiliki apa-apa kebenaran bagi menyimpan atau berurusan dengan minyak masak selain terdapat beberapa jenama minyak masak yang disimpan secara tidak sah.

“Siasatan juga akan dijalankan ke atas pihak yang membekal minyak bersubsidi kepada premis tersebut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI